A night 🌑 before trip barulah aku mengelupur nak pack segala baju 👕 dalam backpack 🎒.Since aku sejenis yg kedekut untuk melabur nak add in luggage ( Barulah namanya backpackers) , maka terpaksalah aku kurangkan jumlah belongings yg aku plan nak diangkut bersama.Sorry lah aku tak reti sngt bab2 nak packing barang dengan organise. Prinsip Aku, Selagi ada ruang untuk disumbat dan tidak memudaratkan keselamatan awam , maka bolehlah sumbat dngn apa yg patut. Tapi make sure tak exceed 7kg.
Malam tu, after packing semua barang. Aku berteleku sambil bermonolog dengan diri sendiri . “ Berani mati betul sis nak travel sorang2, tak takut ke kena rompak kena scam ke?” .Waktu tu segala tanggapan negatif menerjah ke ruang minda membuatkan Aku jadi berbolak- balik dngn keputusan yang diambil. Tapi aku hanya berserah diri kepada Allah, doakan yg baik2 and always be ready with any consequence . Niat yg betul kenapa kita nak bermusafir
Oh lupa nak share, actually esok adalah Aku punya first international flight ✈️. Sebelum ni Aku cuma pernah sekali jer naik flight , itu pun just domestic flight waktu Aku study kat uni dulu. Aku mmg takde idea macam mane procedure nak check in , kastam , bagai dan segala bagai. Benda yg paling Aku risau sekali tiba2 nama kena blacklist. Ah sudah!!! Melancong dekat airport jerlah sis.
Pagi tu aku bangun awal jugaklah dalam pukul 8 🕰 camtu. Mandi 🚿 and siap2 segala bagai. Suddenly here come the trouble!! Waktu Aku nak masukkan toiletries 🧴 dalam beg , gigih nak zip punya pasal. Zip beg Aku tercabut… Ah sudah!!! Anda fikir saya ada masa nak punggah balik segala isi dan bertukar ke beg baru? Tanpa berfikir panjang, Aku terus pin jer bahagian zip yg rosak. Lantaklah Labu!!
Pukul 10am, bertengkek dekat bus stop depan rumah . Destinasi? Ke MRT Taman Suntex ( RM 1.50). 🚎
✏️Dari MRT Taman Suntex ➡️MRT Taman Connaught ( RM0.80) 🚆
✏️Naik MRT Feeder Bus ➡️ TBS sebab lagi murah instead naik LRT direct ke TBS. Tapi anjir!!! Sejam tunggu bas bari nak bergerak.( RM2.00) 🚎
✏️Naik Aerobus dari TBS➡️ KLIA2 ( RM 11.40) 🚎
Transport tips 📝
📍Kalau kalian sejenis yg mementingkan keselesaan dan angkut banyak bagasi better naik Grab direct ke airport . Kalau pergi ramai rombongan cik kiah , lagi jimat. 🚘
📍Ada option naik ERL dari TBS dan KL sentral. Price a bit pricey. 🚆
📍Kalau nak jimat boleh naik bus dekat TBS atau KL sentral. Every hour ada jer bus. 🚌
Sampai airport dalam pukul 12.30pm, mula2 Aku was2 jugak betul ke platform yg aku turun ni? Sebab aku just follow jer pak cik depan seat aku. Okay betul.. Sebab aku perasan ada mall dalam ni. Sebelum ni waktu first flight aku dari JB Aku penah lalu dalam mall kat sini. Kiranya Aku masih berada dijalan yg benar.
✈️ Flight on time
Nak cari pelepasan antarabangsa punyalah payah.. empat kali jugak lah Aku turun naik escalator.After 10 minute jugak tawaf satu KLIA2 tu, jumpa jugak pelepasan.
Since awal lagi, Aku solat zohor dulu. Then pegi lunch 🥙. Check in flight dekat kiosk . 3-4 kali jugaklah Aku timbang beg aku tak nak begi exceed 7kg. Dalam pukul 4.30 ptg Aku terus check in, settle segala urusan imigresen, check beg. Lupa nak share !! Flight Aku pukul 7.30 mlm. Gigih tak nak check in awal ? Tapi seriously ramai gila orang hari tu.
Favourite spot for photo nak bagi hint dekat follower kau yg Kau nak pegi travel abroad. Baik mengaku Sapa yg penah buat? I’m readyAkhirnya sampai Di Gate yg sepatutnya.My flight I guess
Akhirnya tepat pukul 7.30 pm, our flight depart from KLIA2 for 3 hours journey to Ngurah Rai Airport. Pishang wei!!! Dahlah tak amik seat. End up tersepit dekat seat tengah. Kiri kanan entah sape2. Moral of the story, janganlah kedekut untuk melabur untuk keselesaan diri.
Food review 🥘: Tak sedap 😭
After 3 hours, akhirnya sampai jugak dekat Ngurah Rai Airport. Nak tidur!!!
Terpaksa naik bus dari flight ke terminal Ngurah Rai Airport
Finally I’m arrived at my hostel dekat area Kuta Square. Hostel ni lebih kurang mcm konsep capsule hostel ala-ala berada dalam keranda. Kiranya atas kiri kanan dan bawak Kau tertutup dari pandangan org lain. MaksudnyaKau still ada privacy jugak even share dngn ramai org. Faham tak apa Aku cuba sampaikan? Bilik agak selesa eventhough kena shares almost 20 orang . Bilik air dekat luar separate laki perempuan. So even mixed dorm, sepanjang 5 hari kat sini, alhamdulillah pandangan masih terpelihara lagi dari anasir2 yg tak sepatutnya.
My capsule hostel (RM 141 for 5H4M)Hostel view from outside. Entah tingkap rumah sape yg dorang pegi rembat
Selang beberapa hari kemudian, aku mengutarakan kembali perihal perancanganku. Pada mulanya aku agak gementar menunggu respon yang bakal diterima. Aku redha. Jika ibuku tetap tidak berganjak dengan prinsip pendiriannya. Tiada apa yang mampu aku lakukan. Aku bukan seorang yang berhati berontak, aku hidup dengan pegangan bahawa keredaan seorang ibu akan sentiasa memberkati kehidupan seorang insani.
“Pergilah, jaga diri elok-elok.” Aku seakan tidak percaya dengan jawapan yang baru kuterima keluar dari mulut ibuku. Cuba memakan hadam apa yang didengar. Memastikan yang aku tidak silap. “Ada duit pergilah,” Mendengar jawapan yang membawa arti membenarkan. Aku terus tidak mampu mengawal perasaanku kuketika itu. Aku terus memeluk erat ibuku.Betapa bersyukurnya ku disaat itu. Tuhan mendengar permintaanku
Untuk menjayakan perjalanan ini, aku memerlukan modal. Ya! Kerana kembara aku tidak ditaja oleh mana-mana pihak termasuklah ibu bapa aku. Jika kau hanya punyai impian untuk mengembara, tanpa wang kau tidak akan kemana-mana .Kau begitu bangga dengan retorik wang bukanlah segalanya. Tapi mungkin kau lupa hakikat yang segalanya kini memerlukan duit, dari mula kau di dalam kandungan sehinggalah kau selamat tiba di destinasi terakhir liang lahad, semua perkara itu bukankah memerlukan wang.
Yang ada di dalam akaun aku ketika ini, ada lebih kurang dua ribu lebih. Duit hasil titik peluh aku berkerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai borong yang begitu bangga dengan gelaran syarikat bumiputera. Di setiap sepanduk dan papan tanda kedai, kata keramat ‘syarikat bumiputera ‘ tercetak dengan penuh rasa kebanggaan.
Selepas tiga bulan, aku menghantar surat berhenti. Sebab? Aku sudah mencapai sasaran yang aku mahu. Buat apa aku perlu berlama untuk satu pekerjaan hanya untuk mengkayakan orang lain dan membunuh masa aku.Hasil menjadi Kementerian Kewangan yang tidak berbayar, aku memperkirakan rizab simpanan aku cukup untuk menampung perbelanjaan aku ke Bali dengan simpanan untuk kegunaan tatkala terdesak pada masa akan datang.
10 Oktober 2019
Mata aku melilau memerhatikan paparan digital di skrin laptop. Melayari laman web rasmi Air Asia, satu-satunya platform carian ticket murah yang aku kenali sebelum aku tahu mengenai kewujudan aplikasi Skyscanner atau Trip.com. Dua aplikasi talian yang membandingkan harga tiket yang ditawarkan daripada setiap syarikat penerbangan, kau hanya tinggal memilih mengikut kehendak kau.
Aku mencari-cari tarikh yang sesuai. Kalau boleh secepat yang mungkin.Aku mengambil keputusan untuk ke Bali pada tanggal 11 November, penerbangan QZ 557 dari KLIA 2 ke Lapangan Terbanag Ngurah Rai pada pukul 7.40 malam. Ya penerbangan malam, kerana itu yang paling murah. Pulang semula ke tanah air pada tarikh 15 November pada jam 9.55 malam.
Selesai urusan pembelian tiket dengan kos hanggus berjumlah RM502.75, satu biaya yang agak mahal untuk sekeping tiket ke Bali yang sebenarnya boleh didapati dengan harga jauh lebih murah sewaktu promosi hot seat pada setiap bulan March, Jun , September dan November. Sudah acapkali aku katakan, yang aku bukan seorang yang penyabar. Aku tidak boleh menunggu untuk suatu jeda masa. Aku terus mencatit kos penerbangan ke dalam buku nota, penting untuk aku tahu berapa jumlah sebenar yang aku habiskan.
Barulah kau tahu mengenal perit jerih mengambil masa selama berbulan-bulan untuk mengumpul untuk sebuah percutian selama lima hari. Janganlah berkira nak reward diri korang.
Pengalaman pertama mempunyai pendapatan sendiri, mengajar aku menjadi seorang yang seletif dalam setiap transaksi kewangan yang aku lakukan. Sebab itu aku perlu mencatat setiap perbelanjaan harian aku.Aku perlu tahu kemana aliran tunai aku. Kerana setiap nilai yang aku simpan adalah dari titik peluh aku. Aku sanggup mengekang keinginan yang bersifat materialitisk.
Aku tidak lagi obsess dengan jenama pakaian. Tidak lagi galak mengunjungi kafe-kafe hipster yang bagiku tidak setimpal dengan harga yang aku boleh dapat di warung biasa. Semua ini aku lakukan kerana aku perlukan modal untuk ke Bali.Urusan berkaitan tiket penerbangan selesai. Next.
Passport. Ya. Buku merah yang ibarat nyawa kedua kau jika mahu membuat perjalanan keluar negara. Tanpa dokumen ni, nasib kau tak ubah seperti rakyat Malaysia yang berkerja sebagai pemetik buah di Australia terkandas kerana visa tamat tempoh. Passport aku masih berbaki lebih kurang dua tahun sebelum menghampiri expired date. Jadi aku tak perlu bersusah payah untuk ke pejabat imigresen untuk urusan memperbaharui passport. Aku menyelak setiap helaian passport aku, selepas hampir dua tahun buku ini dikeluarkan aku hanya ada jumlah lapan cop imigresen kesemuanya. Sedih!
Visa? Untuk ke Indonesia, tidak kira kemana ceruk sehingga sekalipun. Dari titik kosong Palau Sabang ke Marauke di Papua, pemegang passport dari Malaysia tidak perlu membuat visa. Jadi kalian bebas berbertebaran di atas muka bumi Indonesia tidak kurang dari 30 hari untuk tujuan social. Jangan kau mengambil kesempatan untuk berkerja di sana.
Hal passport. Selesai!
12 Oktober 2019
Satu demi satu gambar penginapan terpapar di skrin telefon. Aku scroll ke bawah perlahan-lahan. Aku sedang mencari penginapan di Bali via Booking.com. Aku menaip perkataan ‘Kuta’ dalam kekotak carian. Mengapa memilih kawasan Kuta? Sebenarnya aku sendiri pun tiada idea untuk menetap di mana pada mulanya. Rata-rata perkongsian di laman sesawang memberikan beberapa alternatif lokasi penginapan yang menjadi pilihan pelancong di Bali.
Memandangkan aku mahu tinggal berdekatan dengan pantai, maka itu aku memilih untuk menetap di Kuta. Sebenarnya, ada beberapa pilihan lain seperti Seminyak, Legian, Sanur dan Canggu yang juga berdekatan dengan kawasan pantai. Tapi aku memilih Kuta kerana kawasan kejiranan ini terkenal di kalangan budget backpacker dengan keriuhan penghuninya di malam hari yang menjadikan kawasan ini hidup. Jika kau inginkan sebuah percutian penuh ketenangan, di sini bukan tempat sesuai untuk jiwa introvert kau.
Memandangkan area Kuta terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Ngurah Rai dan flight aku pulak sampai tengah malam, lebih baik aku cari tempat penginapan yang dekat. Tak mahu berlama-lama lagi dalam perjalanan menahan kantuk.
Area Legian yang terletak di utara Kuta dipenuhi deretan kelab malam dengan laungan bingit muzik bergegak gempita. Aku bukan datang ke sini untuk mencari hiburan malam. Aku benci berada dalam ruangan sempit dihimpit tubuh manusia lain yang tenggelam dalam hiburan duniawi. Sehingga ke hari ni aku masih tidak boleh hadam dengan retorik orang datang ke kelab malam untuk menghilangkan stress?
Area Seminyak pula adalah upscale neighbourhood dipenuhi deretan hotel bertaraf 4-5 bintang. Sesuai untuk kalian yang mengutamakan keselesaan dan ketenangan. Untuk para jomblo yang mahu mencuba nasib, bolehlah berkunjung beberapa kelab ekslusif macam Potato Head Beach Club atau OMNIA untuk ‘memancing’.
Aku scroll beberapa pilihan hostel yang berada di serata kawasan Kuta seraya memeriksa google maps untuk mengetahui lokasi. Ada satu hostel menarik perhatian aku, letaknya lebih kurang 200 meter dari pantai Kuta. Cun! Walaupun bukan terletak betul-betul di tepi pantai. Memadailah untuk aku mendapat vibe suasana di pantai.
Ada restoran makanan segera KFC dan McDonald di berada di seberang jalan. Usah khuatir! Francais makanan segera seperti KFC, McDonald atau Burger King dekat Indonesia adalah berstatus halal walaupun berada di kawasan yang majoriti bukan Muslim. Buat mereka si pencinta makanan berlidah sejati Asia yang merasa tidak kenyang dengan fast food, ada banyak rumah makan atau restoran makanan halal yang bertebaran di setiap pelusuk Kuta. Hanya tinggal cari dengan enjin carian Google. Jadi aku tak perlu risau mengenai perihal makan minum aku di sana.
Nama hostel yang aku pilih untuk menginap ialah H-ostel. Ya! Memang namanya begitu berserta tanda sempang. Ia murah, percuma sarapan pagi dan berkonsep capsule hostel. Yang tidak menariknya untuk lelaki hanya ada option mixed dormitory, jadi aku mungkin perlu berkongsi bilik dengan pnghuni perempuan. Kalau untuk perempuan ada pilihan female dormitory room. Dan Aku still tak faham kenapa ada juga perempuan nak pilih mixed dorm ni!
Mujur bilik air berada di luar dan dipisahkan mengikut kelamin. Kejutan budaya? Tidaklah sangat, iman aku tidaklah senipis kulit bawang kalau melihat perempuan. Lagipun aku bakal tinggal dekat capsule hostel, seakan tinggal di dalam keranda di mana kiri kanan bawah atas dan belakang kau tertutup. Cuma ada bahagian hadapan terbuka untuk pergerakan keluar masuk. Sekurangnya adalah penghalang fizikal yang ampuh terbina kalau rasa dinding iman tidak utuh. Ruang katil single yang dibina muatlah untuk saiz seorang manusia di dalam. Bolehlah sambil-sambil baring tu mengingat kematian.
Aku terus menekan skrin untuk membuat tempahan. Pay at the property! Jumlah yang aku bayar nanti ialah RM 142.00 untuk lima hari. Aku mengukirkan secebis senyuman. Urusan penginapan selesai
Tingkap rumah siapa yg dorang pegi rembat buat hiasan
View dari bahagian luar hostel
Dalam satu dorm tu ada lebih kurang 20 katil camtu
Ni katil aku, ala-apa keranda. Since fizikal aku kecik, agak luaslah jugak
Receptionist 24H
Ni bahagian cafe dia, nak kopi kena bayar ya!
Bahagian rooftop
Sarapan pagi disediakan dekat area rooftop
15 Oktober 2019
Untuk memastikan nama aku tak disenarai hitam oleh imigresen Malaysia, aku terus membuat semakan di laman web imigresen. Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan, dan voila! Keputusan pun keluar. Tiada halangan untuk keluar negara. Perkara seperti ini memang agak remeh bagi sesetengah orang tapi satu kewajipan untuk dipertimbangkan sebelum membuat tempahan tiket penerbangan. Jangan bila kau dah sampai lapangan terbang, tiba-tiba dihalang imigresen daripada menaiki pesawat keluar negara baru nak menyesal. Dah terhantuk baru terngadah. Sayu hati hanya mampu melambai dari jauh melihat kawan perlahan-lahan meninggalkan kau yang terkandas.
Tapi inilah momen yang sesuai untuk kau menguji sejauh mana talian persahabatan kalian, sanggupkah kawan korang berkorban sama membatalkan percutian mereka untuk bersama-sama berkongsi duka bersama kau. Berada sama di sisi kau di saat kau memerlukan sokongan moral. Sanggup menerima bertalu-talu permohonan maaf daripadaa kau. Melenyapkan terus imaginasi indah yang sudah terlayar di minda sepanjang perjalanan kau ke lapangan terbang. Buat kerja gila tiada masalah, tapi jangan pernah buat kerja yang sia-sia.Hal senarai hitam, selesai.
Semua urusan selesai. Aku kini hanya menunggu tarikh perjalanan sebenar.
Disclaimer: memandangkan dua bab awal cerita mengandungi bait ayat yang panjang dan rangkap yang berjela tanpa selingan gambar untuk ditatap.Luar daripada norma kebiasaan. Jika rasa emosi anda terganggu melihat font style , bolehlah sambil2 baca tu mendengar sama lagu yang aku share di atas sebagai halwa telingga. Lagu ni pertama kali aku dengar dekat hostel aku masa dekat Bali. Gigih Aku tanya receptionist tajuk lagu dia.
Ketika naratif ini mula ditaip di atas papan kekunci, usiaku sudahpun menginjak ke suku abad. Tatkala rakan seusiaku sudah pun mempunyai hala tuju kehidupan yang ingin dicapai. Aku masih lagi terumbang-ambing dibadai arus ketidapastian. Lemas dalam persoalan berkaitan masa hadapan. Hati aku berbolak-balik apa sebenarnya yang aku impikan dalam hidup ni. Dalam bahasa mudah, hidup aku terasa buntu tanpa arah.
Aku terlalu mengharap takdir yang indah sentiasa menyebelahi aku, tetapi aku silap kerana ia terlalu jarang untuk berlaku. Satu demi satu kegagalan yang dihadapai membuatkan aku menjadi seorang yang pesimis.Tapi aku punya minat? Menulis, yang membawa aku keluar seketika dari pahitnya sebuah realiti. Biarkan aku terus bermain dengan fantasi. Kerana itulah antidot yang aku perlukan ketika ini.
Lupa mahu memperkenalkan diri. Nama penaku, Osmena Bachari. Bagaimana mana terwujudnya nama itu? Aku sukakan kombo nama itu. Kedengaran begitu klasik dan unik. Gabungan nama dua penyanyi jazz dari Indonesia. Ya, aku sukankan nuansa muzik jazz. Ia bagaikan serenade untuk jiwa aku yang sunyi. Kenapa tak guna nama sendiri? Entahlah mungkin aku sengaja nak mencipta satu karakter baru.
Bagi aku genre jazz adalah irama yang sempurna. Irama jazz kedengaran enak walaupun hanya instrumental tanpa lirik ia tetap tidak kedengaran janggal. Masih lagi boleh diterima. Aku tak boleh bayangkan jika dunia tanpa kehadiran muzk jazz.
Perlu penjelasan di sini, aku bukanlah seorang yang anti pada genre lain. Soal citarasa muzik adalah persoalan subjektif. Ia bergantung pada minat si pendengar. Citarasa muzik juga tidak ada betul atau salah. Kalau kau suka muzik rap daripada Tyler The Creator, Drake atau Travis Scott itu terserah kepada kau untuk mendengarnya, itu hak kalian. Tapi tak usah memaksa untuk aku mendengar sama. Cukup aku membebel perihal selera muzik aku.
Aku bukanlah sesiapa. Bukanlah seorang instafamous yang mampu menerima ribuan likes setiap kali aku berkongsi gambar indah. Bukanlah seorang tweet famous yang pandai bermain kata-kata yang menarik minat si pembaca. Jauh sekali terlintas di fikiran untuk membuat cabaran bodoh atau tarian terencat untuk tatapan umum.Aku hanyalah aku. Susuk tubuh manusia yang sudah lama mengimpikan sebuah kehidupan digital nomad di mana dia mahu menjejak kaki ke sebanyak mungkin negara di dunia. Melihat sejauh mana kehebatan si pemegang passport merah dari sebuah negara bernama Malaysia tanah airku mampu melangkah pergi.
Aku juga bukanlah si pengembara tegar? Masih belum lagi. Jauh sekali mahu menjadi Ibnu Battuta alaf kini. Jika disoal mengenai rekod pencapaianku. Berapa banyak benua yang sudah aku jejaki? Seberapa banyak pula pemandangan matahari terbit dari ufuk timur yang sudah kau lihat ? Boleh dicongak dengan jari. Aku hanya pernah ke tiga buah negara sahaja. Ketiga-tiganya berada di rantau yang sama iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia. Baru pergi tiga negara tapi sudah riuh seakan sudah menjejakkan kaki ke bulan
Aku lahir dalam keluarga yang serba serbi sederhana. Bercuti bagi kami adalah suatu kemewahan. Mungkin bagi sesetengah keluarga, percutian tahunan adalah satu kemestian. Namun tidak buat aku, paling jauh pun kami sekeluarga pernah bercuti bersama adalah ke Bandaraya Melaka. Sedih kan!
Dari kecil lagi aku menyimpan hasrat untuk ke luar negara, sekurangnya sekali seumur hidup. Aku mahu melihat dunia dari sudut pandang berbeza. Hidup aku banyak dihabiskan di bumi Malaysia, ruang lingkup padangan aku banyak tertumpu di sini sehingga aku lupa dunia ini terlalu luas untuk diterokai. Selagi ada ruang dan peluang aku akan cuba merealisasikan impian itu selagi nyawa, masih di kandung badan dan bila aku diberikan rezeki yg lebih.
Ini adalah memoir aku. Sebuah cerita yang diplagiat daripada pengalaman aku sendiri. Ya! Aku sedang mencuri pengalaman hidup aku sendiri.Dalam menulis travelog ini aku hanya merujuk kepada catitan yang aku tulis dalam sebuah buku, resit-resit yang aku masih simpan, foto-foto dalam iPhone mengikut tarikh dan lokasi serta Instagram. Olahan penulisan yang bersifat peribadi dan ditulis dengan gaya santai
Pada penghujung tahun 2019, akhirnya aku nekad untuk memberanikan diri.Mendengar suara gelora hati. Mengambil langkah berani mati untuk keluar dari kepompong keselesaan aku. Aku akan ke Bali secara solo. Ya. Keputusan aku muktamad. Setelah sekian lama memikirkan, kali ini aku telah membulatkan tekad untuk mengambil jua risiko yang mendatang. Jika aku tidak memulakan sekarang, bila lagi? Aku percaya pada filisofi.
“Satu langkah kecil dari sebuah niat yang baik mampu membawa kita menuju sesuatu yang di luar imaginasi kita”
Secara rasminya ini ialah kembara pertama aku ke luar negara secara solo. Sebelum ini aku pernah ke Singapura dan Thailand tetapi ditemani oleh kawan-kawan lain.
Kenapa aku memilih Bali sebagai titik permulaan untuk mengembara seorang diri? Kerana aku sudah jatuh cinta dengan keindahan alamnya dan budaya. Aku mengaku melihat perkongsian gambar dari mereka yang pernah ke sana mempengaruhi keputusanku. Ada menyatakan jangan membuat keputusan atau ketepatan untuk pergi ke sesebuah tempat baru dengan hanya berpandukan gambar yang dikongsi. Kelak indah khabar dari rupa.
Bagiku, jika kau berniat untuk ke tempat itu hanya itu sekeping gambar untuk dimegah-megahkan di media sosial, tentu kau akan sekufu dengan pendapat ini. Jika niat kau untuk menghargai dan mempelajari perkaru nescaya kau tidak akan kecewa. Jika betul niat kita, insyallah kau akan nikmati sendiri keindahan yang kau impikan.
Aku ada juga membuat rujukan alam maya dengan membaca beberapa laman blog perkongsian traveller lain yang pernah menggembara ke Bali bersendirian. Rata-rata memberikan jaminan bahawa pulau Bali adalah selamat untuk pengembara solo. 100% jaminan selamat? Aku tidak berani memberi jaminan sesuatu perkara yang bukan bidang kuasa aku.Aku tidak punya indera keenam untuk meramal apa yang bakal berlaku kelak.Itu kuasa Yang Maha Esa. Sebagai hamba-Nya yang kerdil, aku hanya titipkan doa agar sentiasa dilindungi-Nya.
Bagiku dimana juga kau bertebaran di atas muka bumi ini. Engkau perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak musibah. Hidup di negara kapitalis yang mencipta jurang di antara si kaya penindas dan si miskin yang ditindas. Apabila berlakunya ketidak adilan sosial, maka wujudnya kelompok yang memberontak menuntut hak mereka. Kita ada undang-undang menghukum seorang pencuri.
Pernahkah kita berfikir sejenak, mengapa ada yang sanggup mencuri, sedangkan mereka tahu benda itu salah? Ya. Kemiskinan! Menunjukkan kegagalan sebuah sistem dalam mengangkat kesamarataan dalam masyarakat. Konklusinya, jenayah seperti kecurian, penyeluk saku atau ragut boleh berlaku dimana-mana sahaja. Mungkin juga boleh terjadi disaat kau baru melangkah keluar dari rumah. Sentiasalah mengambil langkah berwaspada
Diaclaimer: perenggan di atas aku taip selepas menonton dokumentari mengenai Imelda Marcos. Lady of Versailles. berminat ingin tahu siapa beliau, buatlah carian Google. Bukan mahu menyemai kebencian terhadap golongan feudalis.
Tanpa membuang masa, aku terus menyatakan hasratku kepada ibuku. Jawapannya seakan sudah dapat aku baca melalui riak wajahnya. Ibuku agak skeptikal dengan niatku, baginya mungkin aku hanya bercanda dan rencanaku tidak serius. Aku tahu ibuku keberatan untuk melepaskan aku pergi jauh. Walaupun hanya untuk beberapa hari. Aku menyakinkan ibuku yang betul-betul tekad dengan keputusanku. Walaupun aku pergi seorang, tetapi disana nanti aku akan ditemani oleh supir. Terlalu banyak perkara negatif yang mengusarkan naluri seorang ibu. Aku faham, ibu mana yang tidak risaukan keselamatan anaknya walaupun sudah menginjak dewasa. Aku tidak sampai hati untuk terus mengikut emosi mendesak ibuku merubah keputusan. Biarlah ibuku diberi ruang untuk bertenang dulu. Aku kini bersandar di balik dinding, memajam erat dengan penuh pengharapan semoga Tuhan akan melembutkan hati ibuku. Aku perlahan-lahan membuka kelopak mataku.